Google Search & Now
Gunakan aplikasi Google untuk membuat carian di Internet. Anda juga boleh
mendayakan suapan untuk kemas kini tetap
‒ contohnya, anda boleh mendapatkan
maklumat trafik sebelum berulang-alik ke tempat kerja, mencari restoran popular di
kawasan anda, melihat skor semasa pasukan kegemaran anda dan banyak lagi. Aplikasi
tersebut boleh diakses dengan mengetik dalam senarai aplikasi atau anda boleh
menyediakan anak tetingkap di Skrin utama anda untuk akses cepat dan pembacaan
mudah.
Untuk mendayakan atau menyahdayakan kad Now
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Google > Search & Now > Kad Now.
3
Ketik penggelangsar
Tunjukkan kad.
140
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menyimpan anak tetingkap pada Skrin utama untuk Google Search & Now
1
Sentuh terus mana-mana kawasan pada Skrin utama anda sehingga peranti
bergetar.
2
Ketik , kemudian ketik penggelangsar
Google Now™.
3
Anda kini boleh meleret ke anak tetingkap paling kiri pada skrin Laman Utama
untuk mengakses antara muka Google Search & Now.
Jika anda menyediakan anak tetingkap paling kiri untuk Google Search & Now, anak tetingkap
skrin Laman Utama tidak boleh diubah dan anak tetingkap tambahan tidak boleh ditambahkan
ke kiri. Hanya anak tetingkap paling kiri yang boleh disimpan.