Sony Xperia Z5 Compact - Menavigasi aplikasi

background image

Menavigasi aplikasi

Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi dan tetingkap

aplikasi yang terbaru digunakan, yang membolehkan anda bertukar dengan mudah

antara semua aplikasi yang terbaru digunakan. Kekunci navigasi terdiri daripada kekunci

Undur, kekunci Laman Utama dan kekunci aplikasi Terbaru. Anda juga boleh membuka

dua aplikasi pada skrin serentak menggunakan mod skrin pisah, jika aplikasi menyokong

fungsi berbilang tetingkap. Sesetengah aplikasi ditutup apabila anda menekan kekunci

Skrin utama untuk keluar sementara aplikasi lain dijeda atau terus berjalan dalam latar

belakang. Jika aplikasi dijeda atau berjalan dalam latar belakang, anda boleh teruskan di

tempat anda berhenti apabila anda membuka aplikasi selepas ini.

28

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

1

Aplikasi kecil – Buka tetingkap aplikasi kecil

2

Kosongkan semua – Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini

3

Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini – Buka aplikasi yang digunakan baru-baru ini

4

Kekunci aplikasi terbaru – Buka tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini

5

Kekunci laman utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Laman Utama

6

Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi

Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan

Tekan .

Untuk menukar dengan cepat antara aplikasi yang digunakan baru-baru ini.

Tekan dengan cepat dua kali.

Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini

Ketik dan kemudian, ketik

KOSONGKAN SEMUA.

Untuk membuka menu dalam aplikasi

Semasa menggunakan aplikasi, tekan .

Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.

Mod skrin pisah

Mod skrin pisah membolehkan anda melihat dua aplikasi serentak, sebagai contoh, jika

anda mahu melihat peti masuk e-mel dan penyemak imbas web anda pada masa yang

sama.

1

Aplikasi 1 dalam tetingkap atas

2

Sempadan skrin pisah – Seret untuk mensaiz semula tetingkap

29

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

3

Aplikasi 2 dalam tetingkap bawah

4

Kekunci skrin pisah – Pilih aplikasi yang digunakan baru-baru ini

5

Kekunci laman utama – Kembali ke skrin Laman Utama

6

Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi

Tidak semua aplikasi menyokong mod skrin pisah.

Untuk menggunakan mod skrin pisah

1

Pastikan bahawa dua aplikasi yang anda ingin gunakan dalam mod skrin pisah

dibuka dan berjalan dalam latar belakang.

2

Buka aplikasi yang ingin anda gunakan dalam mod skrin pisah, kemudian ketik

dan tahan . Aplikasi akan ditetapkan ke bahagian pertama skrin pisah.

3

Pilih aplikasi kedua yang diingini daripada senarai imej kecil.

4

Jika anda ingin mengubah saiz tetingkap skrin pisah, seret sempadan skrin pisah

di tengah.

5

Untuk keluar mod skrin pisah, ketik dan tahan semasa tetingkap skrin pisah

dipaparkan.